Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 17

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 17

Hari demi hari keadaan luar rumah semakin sejuk. Aku kadang-kadang study sampai pukul 2-3 pagi. Jadi bila nak merokok aku akan keluar rumah turun bawah dan hisap di lorong rumah. Di lorong belakang rumah aku ada taman kecil penuh dengan arnab ataupun dengan lebih tepat kelinci. Kawanan tersebut melompat-lompat disekeliling taman itu. Kadang-kadang aku nampak musang juga ada datang di tempat yang sama. Mungkin memburu kelinci-kelinci kecil ataupun sekadar mencari lebihan makanan manusia dia tong sampah.

 

Sedang aku isap rokok di lorong masuk rumah aku. Kelihatan kelibat dua budak perempuan tempatan berjalan ke arah aku. Seorang macam pendiam. Tinggi lebih kurang aku dan bermata biru. Seorang lagi disebelahnya rendah sedikit. Kulitnya lebih putih dan pucat daripada rakannya tadi. Berambut blond, memakai baju putih di dalam jaket tebal di luar tidak berzip. Seluarnya pula hanyalah jeans biru cair simple yang kedua-dua poket depannya dipenuhi dengan kedua-dua belah tangan gadis tersebut. Bercermin mata berbentuk petak.  Kedua-dua mereka memandang tepat ke arah aku sambil berpeluk tangan. Sejuk barang kali.

Makin lama makin mereka menghampiri aku dan akhirnya berhenti betul-betul di depan aku. Kemudian gadis yang memakai kaca mata tadi mula berbual dengan aku. Aku mula-mula terkejut. Selepas beberapa minit berbual akhirnya aku berjaya mengekalkan cool aku. Paling aku minat berborak mestilah dengan minah berambut blonde tadi. Kalau aku boleh samakan dia dengan pelakon yang ada sekarang ni aku boleh cakap rupa dia seperti Nicole Kidman masa muda. Well, Nicole orang Australia but muka dia lebih kuranglah. English minah tu pun tidak sepekat local people. Mudah untuk aku faham dan tidak sentiasa ulang I'm sorry ataupun come again setiap kali tak dapat tangkap ayat mereka. Tengah sedap berbual tu mereka minta rokok. Aku pun bagilah dengan selamba seorang satu batang rokok Marlboro. Stok dari Malaysia ada lagi.

Sambil merokok dan berborak-borak tu kepala aku dah pergi ke lain. Tunang aku dah lah jauh. Jam pun dah 2-3 pagi. Boleh pula ada awek orang putih melayan aku isap rokok di lorong rumah. Rakan kelas aku pun tak ramai perempuan jadi jarang juga aku berborak dengan perempuan ni. Tapi bila diingatkan balik sebenarnya aku memang tak ramai kawan perempuan even dekat Malaysia sekalipun.

Typical orang sini akan memulakan bualan dengan cuaca. Tetapi disebabkan pukul dua pagi dan cuaca sangat sejuk beserta gelap, tidak bijak untuk aku jadikan tajuk perbualan. Aku nak cerita pasal bola pun sama juga. Orang sini bab bola sepak boleh gaduh kalau salah pilih pasukan, lebih-lebih lagi aku tau dua pasukan sahaja dekat Scotland ni. Rangers dan Celtic. Tengah aku berfikir minah itu yang memulakan perbualan. Dia cerita pasal sains dan alam semula jadi. Well, walaupun ilmu sains dia agak basic aku tak perlu untuk tunjuk pandai dan memperbetulkan kesalahan mereka. Aku assume dia mungkin pelajar universiti yang baharu sahaja masuk. Dari gaya memang nampak sangat muda.

Beberapa minit kami berborak akhirnya mereka meminta izin untuk pergi. Ada tempat lain yang mereka perlu pergi katanya. Dengan senyuman dia pun berkata, "I'm Jenny by the way. Nice to meet you". Seorang lagi tidak memperkenalkan diri hanya tersenyum. Aku tak hiraukan pun yang satu lagi tu. Sambil berjalan aku dengar mereka tergelak kecil sesama sendiri. Mengusik aku barangkali.

Aku pun kembali teringat untuk kembali menelaah nota-nota aku. Aku padamkan putung rokok aku dengan kasut, terus bergegas naik ke rumah. Terbaring di katil sambil memegang nota. Aku menjenguk ke luar tengok Haziq juga rajin menelaah nota sambil diselangai bacaan Al -Quran. Tidak sampai lima minit kemudian aku sudah menguap lantas terus tertidur.

 

 P/S: Bila sejuk ni sedaplah tidur.