Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 16

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 16

Cukuplah satu baju sejuk aku ada. Brand Superdry yang berbulu di leher. Ikut-ikut aku punya baju sejuk ni dah habis power dah. Dalam dia ada bulu-bulu extra seperti bulu kambing. Ramai juga yang bertanya dekat aku macam mana aku boleh tahan sejuk dengan pakai baju satu lapis sahaja. Rahsianya adalah bulu kambing di bahagian dalam baju ni lah. Tapi bila orang tanya of couse aku akan cakap aku berdarah Scottish untuk berlagak. Sekadar bergurau walapun selalunya orang akan menyampah lebih daripada terhibur. 

Kemudian aku duk survey juga kedai-kedai yang lain. Aku aim nanti nak balik Malaysia baru aku beli. Membuat kira-kira, tawar menawar dan belek mebelek. Aku cuba masuk setiap kedai yang boleh aku lawati. Masih terlalu awal tapi orang yang bersedia selalunya berjaya. Sambil jalan-jalan tu aku tersempak dengan budak-budak ni. Dorang pun dah setel membeli belah. Aku nampak Deen ada beli kasut. Aku tanya kepada dia. "Wah, kasut baharu ke Deen. Banyak duit?" dengan nada gembira. Deen menjawab dengan mudah. "Kejap jer ni". Aku tak faham apa maksud kejap tu pada mulanya. Kemudian selepas beberapa minggu akhirnya aku faham.

Selesai sudah kami dengan pembelian kami Fizi, kemudian berbisik kepada aku. Dah solat dah?.Aku terkedu seketika. Memang dalam kepala aku tak terfikir langsung pasal solat. Ini bukan di Malaysia yang mana setiap shopping complex ada surau. Aku pun masa tu acah-acah berfikir adakah aku ternampak mana-mana tanda surau sebelum ini. Tiada. Aku mula mengaru kepala.

Aku pun terus bertanya. "Nak solat dekat mana? Kena balik awal ke?" cuba mengalih perhatian. Fizi menjawab jom kita pergi ke H&M. Aku peilik juga pada waktu itu. Dekat H&M ni ada baju sahaja. Mana ada surau. Sampai di sana Deen menyuruh aku dan Faris pergi ke bilik air sambil menghulurkan botol air. Tandas di sana memang tiada paip. Kecuali di bangunan yang dimiliki oleh orang islam seperti masjid, kedai makan dan sebagainya. Aku ambil wuduk ala kadar sahaja dan berjumpa semula di H&M. Di situ, Deen menyuruh kami memilih 3-4 helai baju.

Akur dengan suruhan tersebut aku dan Faris pun mencari-cari baju di situ. Setiap baju aku pilih dengan cermat. Dalam hati aku masih mencari jawapan kenapa aku kena cari baju pula? Ianya disusuli dengan perasaan kesal kerana tidak bertanya pada mulanya. Mungkin kerana terlalu lambat, Fizi datang kepada aku dan menunjukkan arah selatan. "Kiblat arah sana. Solat dalam changing room" dengan ringkas sebelum bergerak memberitahu Faris benda yang sama hanya berada lima kaki dari tempat aku berdiri.

Aku bergegas mencari kubikal yang kosong. Banyak, aku tetap pilih yang paling hujung. Kemudian aku solat seperti biasa. Selesai solat kami pun terus makan ayam di . Kedai tersebut dikenali sebagai Chicken Cottage. Pada waktu itu Chicken Cottage ini tiada di Malaysia lagi dan ayam di sini paling dekat untuk aku rasakan seperti KFC. Kami makan sambil bergelak ketawa. Pada waktu itu, tiada lagi rindu pada Malaysia. Aku tidak lagi terasa sunyi. Tak pernah juga terfikir cabaran yang mendatang. Exam penggal pertama pun bakal bermula. Aku habiskan malam-malam aku dengan menelaah nota. 

Aku masih benci dengan diri sendiri sebab tak faham loghat orang sini. Aku fikir dengan tiru cara mereka cakap aku akan faham. Yea mereka sudah mula faham bila aku bercakap. Namun berbeza mula bila aku mendengar. Setiap mind mapping yang aku buat aku susun elok-elok. Aku simpan dalam file untuk kemudian hari. Walaupun aku agak rajin, sebab niat di dalam hati ini sekadar pass. Aku seperti hilang rasa takut untuk gagal. Motivasiku berkurang secara mendadak. Jiwa ini tuhan sahaja yang tahu.

  

 P/S: Rindu juga tak makan ayam goreng walaupun baru dua tiga bulan

  

 

Jangan lupa like dan share.TQ

 

Edinburgh   United Kingdom