Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.

Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Introduction To Programming Part 1
    Dec 17 , 2015

    Assalamualaikum...

    Hari ini saya nak berkongsi tentang salah satu bidang IT iaitu programming ataupun dalam bahasa malaysia dikenali sebagai pengaturcaraan. Pernah kah anda terpikir bagaimana mesin seperti remote tv, mesin ATM  dan komputer menerima arahan? Dahulunya kebanyakan mesin adalah berbentuk mekanikal, dan arahan nya adalah terhad dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Tetapi dengan wujud nya programming language, arahan-arahan tidak lagi terhad dan boleh dimanipulasikan mengikut kemahuan jurutera. Komputer hanya membaca arahan melalui binary code dan untuk menjadi perantaraan antara bahasa manusia dan binary code, terciptalah programming language. 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 16

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 16

Cukuplah satu baju sejuk aku ada. Brand Superdry yang berbulu di leher. Ikut-ikut aku punya baju sejuk ni dah habis power dah. Dalam dia ada bulu-bulu extra seperti bulu kambing. Ramai juga yang bertanya dekat aku macam mana aku boleh tahan sejuk dengan pakai baju satu lapis sahaja. Rahsianya adalah bulu kambing di bahagian dalam baju ni lah. Tapi bila orang tanya of couse aku akan cakap aku berdarah Scottish untuk berlagak. Sekadar bergurau walapun selalunya orang akan menyampah lebih daripada terhibur. 

Kemudian aku duk survey juga kedai-kedai yang lain. Aku aim nanti nak balik Malaysia baru aku beli. Membuat kira-kira, tawar menawar dan belek mebelek. Aku cuba masuk setiap kedai yang boleh aku lawati. Masih terlalu awal tapi orang yang bersedia selalunya berjaya. Sambil jalan-jalan tu aku tersempak dengan budak-budak ni. Dorang pun dah setel membeli belah. Aku nampak Deen ada beli kasut. Aku tanya kepada dia. "Wah, kasut baharu ke Deen. Banyak duit?" dengan nada gembira. Deen menjawab dengan mudah. "Kejap jer ni". Aku tak faham apa maksud kejap tu pada mulanya. Kemudian selepas beberapa minggu akhirnya aku faham.

Selesai sudah kami dengan pembelian kami Fizi, kemudian berbisik kepada aku. Dah solat dah?.Aku terkedu seketika. Memang dalam kepala aku tak terfikir langsung pasal solat. Ini bukan di Malaysia yang mana setiap shopping complex ada surau. Aku pun masa tu acah-acah berfikir adakah aku ternampak mana-mana tanda surau sebelum ini. Tiada. Aku mula mengaru kepala.

Aku pun terus bertanya. "Nak solat dekat mana? Kena balik awal ke?" cuba mengalih perhatian. Fizi menjawab jom kita pergi ke H&M. Aku peilik juga pada waktu itu. Dekat H&M ni ada baju sahaja. Mana ada surau. Sampai di sana Deen menyuruh aku dan Faris pergi ke bilik air sambil menghulurkan botol air. Tandas di sana memang tiada paip. Kecuali di bangunan yang dimiliki oleh orang islam seperti masjid, kedai makan dan sebagainya. Aku ambil wuduk ala kadar sahaja dan berjumpa semula di H&M. Di situ, Deen menyuruh kami memilih 3-4 helai baju.

Akur dengan suruhan tersebut aku dan Faris pun mencari-cari baju di situ. Setiap baju aku pilih dengan cermat. Dalam hati aku masih mencari jawapan kenapa aku kena cari baju pula? Ianya disusuli dengan perasaan kesal kerana tidak bertanya pada mulanya. Mungkin kerana terlalu lambat, Fizi datang kepada aku dan menunjukkan arah selatan. "Kiblat arah sana. Solat dalam changing room" dengan ringkas sebelum bergerak memberitahu Faris benda yang sama hanya berada lima kaki dari tempat aku berdiri.

Aku bergegas mencari kubikal yang kosong. Banyak, aku tetap pilih yang paling hujung. Kemudian aku solat seperti biasa. Selesai solat kami pun terus makan ayam di . Kedai tersebut dikenali sebagai Chicken Cottage. Pada waktu itu Chicken Cottage ini tiada di Malaysia lagi dan ayam di sini paling dekat untuk aku rasakan seperti KFC. Kami makan sambil bergelak ketawa. Pada waktu itu, tiada lagi rindu pada Malaysia. Aku tidak lagi terasa sunyi. Tak pernah juga terfikir cabaran yang mendatang. Exam penggal pertama pun bakal bermula. Aku habiskan malam-malam aku dengan menelaah nota. 

Aku masih benci dengan diri sendiri sebab tak faham loghat orang sini. Aku fikir dengan tiru cara mereka cakap aku akan faham. Yea mereka sudah mula faham bila aku bercakap. Namun berbeza mula bila aku mendengar. Setiap mind mapping yang aku buat aku susun elok-elok. Aku simpan dalam file untuk kemudian hari. Walaupun aku agak rajin, sebab niat di dalam hati ini sekadar pass. Aku seperti hilang rasa takut untuk gagal. Motivasiku berkurang secara mendadak. Jiwa ini tuhan sahaja yang tahu.

  

 P/S: Rindu juga tak makan ayam goreng walaupun baru dua tiga bulan

  

 

Jangan lupa like dan share.TQ