Logo
 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.

Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Introduction To Programming Part 1
    Dec 17 , 2015

    Assalamualaikum...

    Hari ini saya nak berkongsi tentang salah satu bidang IT iaitu programming ataupun dalam bahasa malaysia dikenali sebagai pengaturcaraan. Pernah kah anda terpikir bagaimana mesin seperti remote tv, mesin ATM  dan komputer menerima arahan? Dahulunya kebanyakan mesin adalah berbentuk mekanikal, dan arahan nya adalah terhad dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Tetapi dengan wujud nya programming language, arahan-arahan tidak lagi terhad dan boleh dimanipulasikan mengikut kemahuan jurutera. Komputer hanya membaca arahan melalui binary code dan untuk menjadi perantaraan antara bahasa manusia dan binary code, terciptalah programming language. 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 15

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 15

Lepas call aku terus gerak rumah lama aku dekat Broomhouse. Masa tu nak tak bagitahu niat aku pasal nak cari baju sejuk ni. Masa tu Deen pun ada sekali. Dia cakap kalau nak murah, kita pergi beli dekat satu wilayah barat Lothian yang dikenali sebagai Livingston. dekat utara Edinburgh. Ianya dikenali sebagai Livingston. Tempat ini tak jauh pun dari Edinburgh. Kalau naik bas tu dalam 30 minit dah sampai. Dekat rumah aku pun ada bas yang boleh direct ke sana. 

Tempat ni kira macam mother of shopping complex dekat Scotland dikenali sebagai Livingston .Kalau dekat Malaysia dia macam Mitsui atau Johor dan Genting Premium Outlet. Barang original tetapi outdated dan ada rosak-rosak sikit. Aku pernah juga mencari-cari barang dekat area Princes Street tu. Dekat situ harga memang harga kayangan. Kalau ayah aku ada letak Tan Sri dekat depan nama dia maybe aku boleh terus beli dekat situ. Lepas berbincang dengan Fizi, Deen dan Hisbul pun cakap nak ikut juga. Masa tu Faris pun message aku cakap nak follow. Jadi pagi sabtu tu kami ramai-ramai menuggu bas di belakang lorong rumah aku. Macam aku cakap tadi, dekat rumah aku ada bas terus ke Livingston.

Jalan nak ke Livingston ni pun best juga. Macam laluan kampung. Boleh tengok lembu-lembu dan kuda-kuda. Scotland ni ada lembu dia yang tersendri dan terkenal dikalangan pelancong. Lembu ini dikenali sebagai Highland cattle. Warna lembu ni cokelat dan berbulu tebal. Kira unik jika dibandingkan dengan lembu-lembu lain. Dalam 30 minit lepas tu aku pun sampai.

Dia ada dua sides bangunan. Aku seperti biasa bila sampai aku terus cari smoking area. Isap sebatang dua rokok dulu dengan Faris. Budak-budak ni dah masuk dulu dah. Lepas tu aku masuk ke dalam. First impression, aku rasa tempat ni biasa jer. Another mall macam di Kuala Lumpur. Malah, aku rasa banyak lagi shopping mall yang lebih grand dekat Malaysia contohnya KLCC dan MidValley. Ada juga terdetik dalam hati. Maybe budak-budak ni tak biasa pergi mall dekat Malaysia pun. Entah-entah paling besar budak-budak ni pernah pergi Terminal One Seremban. 

Aku dengan Faris sambil jalan tu aku borak-borak dengan dia. Faris pada masa tu macam excited. Cerita pasal team dia budak-budak IPE. To be honest aku macam jeles juga dengar cerita-cerita dia. Budak IPE dapat lpad, kelas-kelas mereka memang dapat latest teknologi dan seagainya. Yuran mereka pun mahal sikit. Yang paling bestnya bila keluar esok memang banyaklah syarikat-syarikat oil and gas akan ambil mereka. Aku pula target setakat nak kerja software house cukup sehingga pencen. Dalam masa sama aku pun happy untuk Faris. Dia nampak semangat dan yakin. Sambil berborak tu aku ternampak kedai kasut Clarks. Since aku ni suka pakai kasut sukan, tunang aku banyak kali juga tegur suruh pakai kulit bila kerja nanti. Dia tak tahu yang Software House ni kebanyakan pakai t-shirt je pergi kerja. Sambil membelek kasut-kasut di situ aku cuba tengok harga yang ditampal dekat kasut tu.

Terkejut beruk aku masa tu. Murah! Malah lagi murah daripada Malaysia. Tak payah aku nak convert-convert macam selalu. Terus aku bersemangat untuk teroka tempat ni. Banyak juga kedai-kedai berjenama di sini contohnya Fred Perry, Adidas, Nike, Hugo Boss dan lain-lain. Ada juga H&M yang agak famous di Malaysia. Kemudian aku masuk ke dalam kedai Superdry. Sebagai cita rasa orang asia, aku macam suka design seperti Superdry. Orang sini tak suka pakai baju ada bulu-bulu dan tebal-tebal sangat. Masa tu duit Mara pun dah masuk dan duit yang ayah aku bagi pun masih ada. Memang aku cari paling mahal lah.

 

P/S: Aku dah jumpa tempat nak beli barang hantaran nanti.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 16

 


Jangan lupa like dan share.TQ