Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 14

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 14

Hidup aku kembali berseri. Aku dah ada katil sendiri dan bilik sendiri. Aku ada satu cermin yang besar dan di dalamnya terdapat rak-rak yang aku boleh letak baju aku ini. Kemudian aku termenung. Aku baru perasan yang aku tak banyak baju seperti kawan-kawan aku yang lain. Stock serunding aku pun sudah tinggal sedikit. Memang aku jenis boleh makan satu lauk berbulan-bulan tanpa bosan. Tapi berapa lama pula serunding ini boleh tahan. Aku mula buka cerita pasal makan dengan Haziq. 

Haziq ni pandai bercakap. Dia pandai berlapik bila cuba menyatakan hasratnya. Daripada apa aku faham. Dia sama macam aku. Tak pandai masak. Haziq cakap dia pun tengah jaga makan. Jadi dia akan banyak makan di kampus dan bila malam dia tak makan. Jadi aku kena ambil inisiatif. Masa tu aku nyatakan masalah aku ini dekat tunang aku. Dia cakap masaklah yang simple macam sambal dan masak kicap. Aku ada juga google tengok cara masakan-masakan yang mudah dekat internet. Macam berkebun, memasak ini pun sama. Tak boleh belajar 100 peratus daripada buku. Kalau setakat beli barang tu aku memang tahu beli sendiri sebab dulu selalu dipaksa oleh mak aku beli barang basah. Jadi kerja ayah-ayah ni memang aku dah master. Bezanya kerja emak-emak pun aku kena buat sekarang. 

Seperti yang aku ceritakan sebelum ini. Ada dua tempat je yang aku selalu pergi. Kedai Bismillah dan . Actually ada kedai-kedai yang lebih murah untuk barang-barang seperti bawang dan sayur seperti di Aldi. Disebabkan aku malas, aku pergi je kedai mahal pun. Sebenarnya lorong kedai Bismillah yang terletak di Robertson Ave ni bukan sahaja ada kedai Bismillah. Sini jugalah kedai aku mencari rokok. Sebab dekat sini je ada jual American Blend. Yang ini aku tak cerita sebelum ini.

Waktu ini juga aku diperkenalkan dengan ikan salmon. Well, bukan exectly pertama kali makan tetapi pertama kali diperkenalkan untuk kegunaan masakan. Kalau kira makan memang pernah makan dengan sushi. Tapi bila buat sebagai makanan ruji ni memang payah lah. Tak ikan keli, sotong, ketam dan kerang jadinya salmon ni memang tak pernah. Kalau ikutkan aku ni tak suka makan ikan laut. Ayam, ayam, ayam dan ayam. Mak aku pun sampai marah asyik makan ayam. Entah macam mana aku rindu nak makan kari kepala ikan waktu tu. Namun ikan dekat sana mahal. Nasib baik kepala ikan salmon ni murah. Harga dalam 50 pence sahaja. Lebih kurang 50 sen duit kita. Sebab orang sana tak makan kepala kut.

Bila dah pandai sikit-sikit cara masak selepas belajar masak dengan tunang aku, terdetik untuk mencuba masakan yang baharu. Kari ni kira masakan ultimate lah. Antara sebab aku pernah makan kari kepala ikan salmon di rumah Hisbul maka aku pun bercadang untuk buat benda yang sama juga. Jadi aku beli semua keperluan untuk masak kari kepala ikan salmon ni. First time buat kari kepala ikan. Aku excited sikit. Bawang tu kalau aku potong memang betul-betul sama hirisan dia. Aku tumis sampai bau dah naik. Masukan santan dan rempah kari. Disusuli dengan gaul sampai sebati.

Edinburgh ni sekeliling dia banyak juga bukit-bukit or gunung-gunung. Mungkin sebab itu orang English panggil orang Scotland ni Highlinder. Kalau tengok puncak-puncak bukit sudah mula keputihan. Aku pernah tanya kawan aku orang local. Dia kata musim sekarang ni dekat kawasan-kawasan berbukit memang sudah ada snow. Aku tak adalah excited sangat tentang snow ni bukan target aku untuk jumpa benda ni. Dalam masa saya Fadli ada juga ajak aku pergi Isle of skye dengan budak-budak usrah dia. Tepat ni memang famous sebagai antara tempat tercantik di dunia. Kalau kau tengok cerita James Bond ataupun baca buka dia. Ini adalah kampung halaman dia. Ini antara benda yang aku regret. Waktu yang sama aku ada assignment juga nak hantar. Fadli pun bagitahu lambat sangat. Aku tak sempat nak siapkan kerja aku.

Walaupun tak berminat dengan salji ni terdetik juga hati ini nak rasa macam mana salji ni. Keadaan makin lama makin sejuk. Baju yang aku pinjam daripada Hisbul aku dah pulangkan balik. Dengan rak-rak baju banyak kosong macam aku cakap tadi. Terdetik juga mana nak cari baju baharu. Asar yang pernah belajar di US pernah tegur aku cakap baju aku pakai sekarang ni tak tahan sejuk. Hendak bawa pergi Genting boleh lah!.

Jadi aku terus message Fizi. Aku rapat juga dengan Fizi waktu itu. Aku terus tanya dia beli jaket dia dekat mana. Aku nampak jaket dia je lawa masa tu.

 

P/S: Macam mana lah James Bond boleh lahir dekat kawasan situ. Batu je banyak.

 

Sambungan: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 15

 


Jangan lupa like dan share.TQ

 

Edinburgh   United Kingdom