Logo

RSS

 

Intro Merantau

Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya semasa bercuti, berbulan madu, belajar dan bekerja di dalam dan luar negara.

Diharapkan pembaca boleh enjoy dan share pengalaman mereka juga.

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Introduction To Programming Part 1
    Dec 17 , 2015

    Assalamualaikum...

    Hari ini saya nak berkongsi tentang salah satu bidang IT iaitu programming ataupun dalam bahasa malaysia dikenali sebagai pengaturcaraan. Pernah kah anda terpikir bagaimana mesin seperti remote tv, mesin ATM  dan komputer menerima arahan? Dahulunya kebanyakan mesin adalah berbentuk mekanikal, dan arahan nya adalah terhad dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Tetapi dengan wujud nya programming language, arahan-arahan tidak lagi terhad dan boleh dimanipulasikan mengikut kemahuan jurutera. Komputer hanya membaca arahan melalui binary code dan untuk menjadi perantaraan antara bahasa manusia dan binary code, terciptalah programming language. 

Iklan

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 17

Hari demi hari keadaan luar rumah semakin sejuk. Aku kadang-kadang study sampai pukul 2-3 pagi. Jadi bila nak merokok aku akan keluar rumah turun bawah dan hisap di lorong rumah. Di lorong belakang rumah aku ada taman kecil penuh dengan arnab ataupun dengan lebih tepat kelinci. Kawanan tersebut melompat-lompat disekeliling taman itu. Kadang-kadang aku nampak musang juga ada datang di tempat yang sama. Mungkin memburu kelinci-kelinci kecil ataupun sekadar mencari lebihan makanan manusia dia tong sampah.

 

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 17

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 16

Cukuplah satu baju sejuk aku ada. Brand Superdry yang berbulu di leher. Ikut-ikut aku punya baju sejuk ni dah habis power dah. Dalam dia ada bulu-bulu extra seperti bulu kambing. Ramai juga yang bertanya dekat aku macam mana aku boleh tahan sejuk dengan pakai baju satu lapis sahaja. Rahsianya adalah bulu kambing di bahagian dalam baju ni lah. Tapi bila orang tanya of couse aku akan cakap aku berdarah Scottish untuk berlagak. Sekadar bergurau walapun selalunya orang akan menyampah lebih daripada terhibur. 

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 16

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 15

Lepas call aku terus gerak rumah lama aku dekat Broomhouse. Masa tu nak tak bagitahu niat aku pasal nak cari baju sejuk ni. Masa tu Deen pun ada sekali. Dia cakap kalau nak murah, kita pergi beli dekat satu wilayah barat Lothian yang dikenali sebagai Livingston. dekat utara Edinburgh. Ianya dikenali sebagai Livingston. Tempat ini tak jauh pun dari Edinburgh. Kalau naik bas tu dalam 30 minit dah sampai. Dekat rumah aku pun ada bas yang boleh direct ke sana. 

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 15

Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 14

Hidup aku kembali berseri. Aku dah ada katil sendiri dan bilik sendiri. Aku ada satu cermin yang besar dan di dalamnya terdapat rak-rak yang aku boleh letak baju aku ini. Kemudian aku termenung. Aku baru perasan yang aku tak banyak baju seperti kawan-kawan aku yang lain. Stock serunding aku pun sudah tinggal sedikit. Memang aku jenis boleh makan satu lauk berbulan-bulan tanpa bosan. Tapi berapa lama pula serunding ini boleh tahan. Aku mula buka cerita pasal makan dengan Haziq. 

Read more: Dari Kuala Pilah Ke Edinburgh Part 14