Introduction To Programming Part 1

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak berkongsi tentang salah satu bidang IT iaitu programming ataupun dalam bahasa malaysia dikenali sebagai pengaturcaraan. Pernah kah anda terpikir bagaimana mesin seperti remote tv, mesin ATM  dan komputer menerima arahan? Dahulunya kebanyakan mesin adalah berbentuk mekanikal, dan arahan nya adalah terhad dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Tetapi dengan wujud nya programming language, arahan-arahan tidak lagi terhad dan boleh dimanipulasikan mengikut kemahuan jurutera. Komputer hanya membaca arahan melalui binary code dan untuk menjadi perantaraan antara bahasa manusia dan binary code, terciptalah programming language. 

Binary Code/ Sistem Angka Perduaan

Konsep komputer membaca arahan adalah melalui binary code atau dalam bahasa malaysianya adalah sistem angka perduaan. Binary code adalah satu satunya bahasa yang difahami oleh komputer untuk membaca arahan-arahan yang dihasilkan oleh pengaturcara ataupun dalam bahasa inggerisnya programmer. Binary code hanya menggunakan '0' dan '1' sahaja. Konsepnya hampir sama seperti Morse Code '0' bermaksud off dan '1' bermaksud on dan ianya disusun dengan satu panjang byte.

1 Byte = 8 Bit

Contohnya, 01000001 Byte ini bermaksud huruf 'A'.

Programming Language / Bahasa Pengaturcaraan

Programming language atau bahasa pengaturcara adalah logik atau algoritma yang dihasilkan untuk mempertejemahkan bahasa binary tadi kepada bahasa yang mudah difahami oleh manusia. Ianya dikenali sebagai syntax. Terdapat banyak programming language yang digunakan dalam aplikasi atau software yang kita gunakan dalam kehidupan harian. Nama-nama yang terkenal seperti Java, C++, PHP dan sebagainya. Terdapat tiga level ataupun aras dalam programming language (High Level, Mid Level, Low Level). Ini kan dibincangkan di entry akan datang.

Programming Language Category/ Kategori Bahasa Pengaturcaraan

Programming language boleh dikategorikan seperti Berikut:

Aplikasi Dan Program

Laman Sesawang Dan Internet

Database

Hardware

Script

 

Terima Kasih

 

Jangan lupa like dan share. TQ
Programming   Java   PL/SQL