Bola Sepak
Adakah Negeri Sembilan Terlalu Berhati-hati?
Jika dilihat daripada persembahan pengurusan Negeri Sembilan tahun ini. Abang Tom boleh katakan ianya bersifat terlalu berhati-hati. Jika hendak dibandingkan dengan pembelian sebelum ini, ianya seumpama siput mengesot berlumba dengan arnab melompat. Pengurusan lama nampak lebih cekap dalam membawa masuk pemain-pemain import jika hendak dibandingkan dengan pengurusan sekarang. Ini belum abang Tom cerita tentang pencarian sponsors lagi!
Mungkin berhat-hati inilah menjadi falsafah bola sepak Negeri Sembilan pada tahun ini dan mungkin juga pada tahun-tahun akan datang. Drama-drama seperti jersi lambat sampai, pemain umum lambat akan terjadi lagi. Jika firasat abang Tom betul, penyokong Negeri Sembilan kena beristighfar banyak-banyak dalam mengharungi Liga Perdana 2019.
Tips Kami Turun ke Stadium daripada Ultrajang dan SGSA
Disebabkan kemeriahan dan kehangatan perlawanan separuh akhir piala AFF Suzuki sabtu ini, pihak FAM menjangkakan kehadiran penyokong di stadium kali ini bakal memecahkan rekod. Situasi ini sebenarnya berisiko dari segi keselamatan dan juga boleh menjadi keliru pada sesetengah penyokong. Kami di Ultrajang dan SGSA sentiasa peka dengan situasi semasa. Jadi menjadi tanggungjawab kami untuk memberi tips kepada penyokong-penyokong yang ingin datang ke stadium Nasional Bukit Jalil pada sabtu ini. Kemungkinan tips ini sudah biasa bagi mereka yang sudah selalu datang ke stadium. Tapi anggaplah ianya sebagai reminder dan ilmu kepada adik-adik yang baru hendak belajar turun ke stadium. Jika ada apa-apa jangan kata kami tidak nasihat!
Read more: Tips Kami Turun ke Stadium daripada Ultrajang dan SGSA
Selamat Malam Liga Super !
Tiada ungkapan paling tepat selain “Selamat Malam Liga Super” untuk menjadi penutup Liga Super di Paroi malam ini. Ungkapan daripada SGSA ini abang Tom ambil sebagai rumusan jalan hidup pasukan Negeri Sembilan di Liga Super 2018 . Maruah persatuan, pegawai-pegawai, pemain-pemain dan penyokong-penyokong seolah olah dihiris tanpa rasa belas kasihan oleh Melaka United (Nama seakan Manchester United menambah perit terhadap hati abang Tom). Usah menuding jari, semua kita tetap merasakan malu itu walaupun cuba dilepaskan dengan makian dan cacian. Tiada lagi kambing hitam yang boleh kita sabitkan dengan nasib malang ini. Jika ada pun apa gunanya?
Kenapa Kita Perlu Turun Ke Paroi Jumaat ini
Bukan menjadi kebiasaan untuk abang Tom menulis perihal Negeri Sembilan ini. Selalunya penulisan berkaitan Negeri Sembilan banyak diulas oleh penulis-penulis agung seperti Jang, Kid dan Muhayat. Manakala abang Tom diberi mandat oleh Jang untuk menulis berkaitan pengetahuan am bola sepak, bola sepak luar negara dan Liverpool. Namun tidak bermakna abang Tom tidak boleh menulis tentang Negeri Sembilan seperti penulis yang lain.