Bola Sepak
Hillsborough Disaster: Apa Yang Boleh Kita Pelajari Part 1
Salah satu elemen penting dalam bola sepak ialah keselamatan di dalam stadium. Bayangkan berpuluh-puluh ribu manusia berkumpul di satu tempat yang padat. Jika ada berlaku kemalangan, kesannya pasti besar dan mengerikan. Maka langkah keselamatan perlu menjadi isu utama yang perlu diambil perhatian. Adakah keselamatan stadium-stadium di Malaysia ini semuanya selamat? Secara jujur, abang rasakan tahap keselamatan stadium-stadium di Malaysia adalah memuaskan. Jadi jika selamat kenapa perlu peduli tentang semua ini? Memetik kata-kata Lord Justice Taylor dalam laporannya. “Complacency is the enemy of safety” ataupun dalam kata lain sifat cepat berpuas hati adalah musuh kepada keselamatan. Maka perlulah kita beringat ketika kita masih dalam keadaan yang selesa.
Read more: Hillsborough Disaster: Apa Yang Boleh Kita Pelajari Part 1
Kenny Dalglish: Lagenda Pasukan The Reds
Baru-baru ini, Liverpool FC telah menamakan semula Centenary Stand kepada nama lagenda bola sepak mereka Kenny Dalglish sempena jasa beliau kepada Liverpool. Perasmian ini juga, dihadiri beberapa lagenda bola sepak Inggeris lain seperti Gerard Houllier, Michael Owen malahan Sir Alex Ferguson sendiri! Ini merupakan penghormatan tertinggi yang dapat diberikan daripada Liverpool kepada bekas pemain, kapten dan pengurus lagenda kelahiran Glasgow, Scotland ini.
Bagi yang tidak mengenali Kenny Dalglish (Terutamanya fans Chelsea dan Man City), beliau merupakan pemain penyerang dan digelar sebagai King Kenny oleh penyokong Liverpool. Beliau bukan seorang Scouser seperti Steven Gerrard, Jamie Carragher dan abang Tom. Tetapi masih dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga Liverpool. Beliau juga merupakan salah seorang lagenda bola sepak Scotland selain Dennis Law dan mereka pernah menempa nama sebagai juara dan naib juara Ballon d’Or.
Kenapa Kenny Dalglish ini legend sangat sampai disanjungi penyokong Liverpool ini? Hebat sangatkah beliau sampai mempunyai stand sendiri? Ini dengar abang nak cerita ni.
Preview: Liverpool Vs Manchester United
Mustahil untuk peminat bola sepak Inggeris mengatakan mereka tidak tahu tentang perlawanan di Anfield pada sabtu ini. Abang percaya sekarang semua yang mempunyai rancangan untuk bercuti pada hari tersebut sudah pun dibatalkan. Malah, kedai-kedai mamak di serata negara sudah pun bermesyuarat tentang persedian untuk menghadapai perlawanan keramat ini. Kehangatan perlawan ini sudah dirasakan walaupun perlawanan masih belum bermula.
Jadi abang telah terpanggil untuk mengulas serba sedikit berkenaan perlawanan terhebat tahun ini, Liverpool menentang Manchester United. Ianya sebagai tanda sokongan abang terhadap kelab Eropah terbaik di England iaitu Liverpool. Kelab yang penuh dengan tradisi dan juga trofi. Anda bersetuju ke tidak ni?
Sang Rusa Ataupun Sang Kerbau. Mana Lagi Manis?
Sepanjang hayat abang mengkaji, menganalisa dan merumuskan permasalahan di dalam dunia bola sepak, abang dapat katakan kelab dan nickname (nama gelaran) ini tidak dapat dipisahkan. Hampir setiap pasukan bola sepak di dunia ini mempunyai nama gelaran mereka yang unik. Setiap nama gelaran ini datang daripada beberapa galur. Ada yang mempunyai jalan cerita tersendiri asal nama gelaran tersebut dan ada yang sampai sekarang tidak tahu mana asalnya.
Bola sepak amat mengutamakan tradisi. Nama gelaran adalah sebahagian daripada tradisi bola sepak. Percaya atau tidak gelaran ini secara langsung mahupun tidak langsung memberi impak kepada sesebuah kelab bola sepak. Ini akan abang terangkan satu persatu selepas ini.