Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Introduction To Programming Part 1
    Dec 17 , 2015

    Assalamualaikum...

    Hari ini saya nak berkongsi tentang salah satu bidang IT iaitu programming ataupun dalam bahasa malaysia dikenali sebagai pengaturcaraan. Pernah kah anda terpikir bagaimana mesin seperti remote tv, mesin ATM  dan komputer menerima arahan? Dahulunya kebanyakan mesin adalah berbentuk mekanikal, dan arahan nya adalah terhad dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Tetapi dengan wujud nya programming language, arahan-arahan tidak lagi terhad dan boleh dimanipulasikan mengikut kemahuan jurutera. Komputer hanya membaca arahan melalui binary code dan untuk menjadi perantaraan antara bahasa manusia dan binary code, terciptalah programming language. 

Iklan

Dalam Bola Sepak, Hormat Adalah Segalanya

Dalam Bola Sepak, Hormat Adalah Segalanya

Berulang kali abang Tom menonton video Shafik Rahim mencarut selepas memenangi kejuaraan Piala Malaysia 2017. Beliau telah menempa sejarah sebagai pemain yang lengkap dengan memenangi beberapa siri kejuaraan. Beliau adalah idola kepada kanak-kanak di Malaysia dan bakal bertaraf lagenda. Kenapa perlu bertindak begitu! Ya, memang kadang-kadang penyokong- penyokong di Malaysia ni agak kasar dalam komentar mereka di laman sosial. Namun, ini bukan langkah yang bijak untuk menjawab kesemua tomahan yang dilontarkan kepada beliau. Adakah kita lebih suka memenangi kesemua piala tapi tidak dihormati orang ramai? Bukankah perasaan dihormati itu tinggi nilainya di sisi manusia. Itulah dikatakan dalam bola sepak, hormat adalah segalanya. 

 

Piala Dunia 2006

Bercerita tentang hormat dalam bola sepak, abang Tom masih ingat pada perlawanan akhir piala dunia 2006 di Jerman. Pada waktu itu, terdapat satu peristiwa yang akan menjadi bualan selama-lamanya oleh peminat-peminat bola sepak baik di dunia mahupun di bima sakti. Malahan peristiwa ini mungkin lebih diingati daripada kemenangan Itali sebagai juara dunia pada tahun tersebut. Ianya bila mana pemain terbaik piala dunia 2006, Zinadine Zidane, menanduk dada pemain pertahanan Itali Marco Materazzi dan terpaksa dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Beliau menanduk Materazzi kerana Materazzi mencerca keluarga Zidane. Kita faham-fahamlah erti keluarga ini pada orang Islam. Siapa tak marah bukan?

Mereka berdua adalah lagenda di negara masing-masing dengan memenangi beberapa siri kejuaraan piala dunia, UCL, piala liga dan sebagainya. Ini adalah fakta dan tiada siapa yang boleh pertikaikan. Tapi siapa lebih dikenali sebagai lagenda? Zidane ataupun Materazzi? Siapa yang orang lebih kenal dan jadikan idola? Sehinggakan menamakan anak-anak mereka dengan nama yang sama. Sudah tentulah Zinadine Zidane. Teringat kata-kata Sir Alex Ferguson tentang Zidane, “Berikan aku 10 batang kayu dan Zinadine Zidane, nescaya akan ku berikan Champion League”.

Zinadine Zidane menjadi lagenda bukan sahaja di Perancis malah di Itali sendiri ketika beliau berada bersama Juventus. Selain namanya, peribadi beliau juga ditiru remaja-remaja di kota Paris. Sehinggakan semasa beliau kantoi menghisap rokok di sebuah kafe, bulan seterusnya penjualan rokok meningkat secara mendadak kerana remaja yang mengidolakan beliau juga mahu membuat apa yang beliau buat. Betapa hormatnya mereka terhadap lagenda bola sepak ini!

Bagaimana pula dengan Metarazzi? Abang Tom percaya beliau selamanya akan dikenali sebagai pemain yang ditanduk Zinadine Zidane bukan sebagai lagenda yang dihormati. Sebab itu pentingnya nilai dihormati dalam bola sepak ini.

 

Lagenda Tempatan Yang Dihormati

Di Malaysia juga ada pemain yang menjadi lagenda dan dihormati. Jika kita kecilkan skop hanya di Negeri Sembilan, antara pemain lagenda yang dihormati oleh penyokong-penyokong ialah Hairuddin Omar dan Rezal Zambry Yahya. Abang Tom tak pernah dengar sekali pun penyokong bercerita negatif tentang mereka. Ini adalah contoh lagenda yang kita hormati.

Hairuddin Omar dan Rezal Zambry terkenal di negeri adat perpatih ini kerana berjaya membantu Negeri Sembilan menjulang piala Malaysia pada tahun 2009. Tambahan pula, beliau senang dengan penyokong dan mesra bersama media. Selalu menjawab teguran dan tidak pernah berlagak dengan kejayaan mereka.

Rezal Zambry selalu bermain di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Takkala beliau menjaringkan gol ataupun membawa bola, terdengar beberapa suara anak muda yang memujinya. "Terbaik legend!" Ini adalah tanda jelas, penyokong hormat terhadapatnya. Bukankah ianya lebih manis dikenang sebegitu.

 

Kesimpulan

Bukan niat abang Tom untuk menyelar tindakan mana-mana pemain dalam penulisan kali ini. Cuma sifat hormat menghormati ini perlu ada dalam sukan bola sepak. Antara pemain dengan pemain, pemain dengan peminat, mahupun pemain dengan kakitangan kelab. Ini termasuklah ketika siaran langsung mahupun mana-mana acara tertutup. Janganlah kita menjadi seperti  Mourinho yang mencaci Eva Carneiro ketika beliau sedang bertugas. Nampak tidak professional.

Di atas padang, abang Tom setuju tiada hormat di antara pihak kita dan pihak lawan. Demi membakar semangat pemain-pemain dan meningkatkan keyakinan. Dengan syarat tidak melampaui batas seperti mencaci keluarga lawan ataupun kata-kata bersifat perkauman. Jadi adakah kita mahu menjadi lagenda sahaja, ataupun lagenda yang dihormati?

 

 

P/S: Kalau Zidane tak tanduk tapi geletek Metarazi masa tu rasa-rasa dapat kad merah tak?