Logo
 

Intro Bola Sepak

Page ni berkaitan dengan persatuan bola sepak Negeri Sembilan, Malaysia, dan Liverpool. Saya juga penulis untuk majalah Ultrajang dan blog The No. 8 untuk website Real Spendster FC. 

Subscribe

Paling Popular

  • Percutian Ke Bali Part 1
    Jan 06 , 2016

    Assalamualaikum....

    Pada pertengahan tahun 2014, aku dan isteri pergi bercuti ke Bali, Indonesia. Ini adalah percutian bulan madu kami yang pertama sebagai suami isteri. Pada mulanya, aku dan isteri pergi ke MATTA Fair yang di anjurkan di PWTC pada March 2014. Sebelum pergi ke sana, aku dan isteri telah bercadang untuk pergi ke Bali ataupun pulau Krabi. Banyak travel agency terdapat di sana, dan percutian di dalam Malaysia sendiri juga banyak dan menarik terutamanya pulau-pulau tempatan. Walaubagaimanapun, kami memilih untuk ke Bali, Indonesia sebagai destinasi kami untuk berbulan madu. Jom kita baca lebih lanjut.

  • Negeri Sembilan  4-1 Pulau Pinang (Piala FA Pusingan Ke Tiga)
    Mar 11 , 2017

    Hari ini aku terpaksa menggantikan Kid the Karate Kid untuk mengulas game Negeri Sembilan menentang Paroi. Punyalah ramai orang sampai aku menyesal tak beli tiket awal-awal. Last time Paroi penuh pun aku tak ingat bila. Untuk julung kalinya, kalau tolak game friendly, aku terpaksa duduk di grandstand disebabkan ramai orang.

    16 ribu poit yang datang arini!!! ( Tak termasuk yang panjat pagar).

  • Tips Berhenti Merokok
    Dec 09 , 2015

    Assalamualaikum

    Hari ini saya nak berkongsi tips berhenti merokok. Harga rokok sekarang semakin mahal dan kesan buruk merokok ini sudah lama diketahui. Alhamdulillah, saya dah berjaya berhenti merokok selama dua tahun. Saya berbangga dengan pencapaian saya setakat ini dan berharap dapat kekalkan tak nak pada merokok. Ada di antara rakan-rakan saya berhenti tanpa tips ataupun bantuan dari mana-mana pihak. Tapi mana tahu dengan membaca article saya ni anda dapat berhenti tabiat merokok. Percaya atau tidak dengan menulis entry ini, sebenarnya adalah salah satu usaha saya sendiri untuk  kekal tidak merokok. Pelik bukan? tak mengapa, saya akan huraikan selapas ini. 

  • Percutian Ke Bali Part 2
    Jan 18 , 2016

    Pada hari berikutnya, kami memulakan aktiviti kami seawal pukul 8.00 pagi. Kami pergi bersarapan di restoran Itali didepan resort kami bersebelahan kolam renang. Sarapan waktu itu lebih kurang sama seperti mana sarapan di hotel-hotel di Malaysia. Tentatif kami pada hari itu agak penuh dan menarik. Pagi itu hujan agak renyai dan bau wangi-wangian (Dorang bakar macam kemenyan) sudah mula dirasai. Selesai saja kami bersarapan, kami terus mengambil barang dan pada waktu yang sama Pak Nyoman, supir kami, telah sampai di pintu depan resort. Kami sangat excited nak memulakan perjalanan kami dan ianya bermula tidak jauh dari tempat kami.

  • Introduction To Programming Part 1
    Dec 17 , 2015

    Assalamualaikum...

    Hari ini saya nak berkongsi tentang salah satu bidang IT iaitu programming ataupun dalam bahasa malaysia dikenali sebagai pengaturcaraan. Pernah kah anda terpikir bagaimana mesin seperti remote tv, mesin ATM  dan komputer menerima arahan? Dahulunya kebanyakan mesin adalah berbentuk mekanikal, dan arahan nya adalah terhad dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Tetapi dengan wujud nya programming language, arahan-arahan tidak lagi terhad dan boleh dimanipulasikan mengikut kemahuan jurutera. Komputer hanya membaca arahan melalui binary code dan untuk menjadi perantaraan antara bahasa manusia dan binary code, terciptalah programming language. 

Iklan

Negeri Sembilan FA VS PKNS FC (Matchday 7 Liga Perdana 2016)

Negeri Sembilan FA 4 VS 3 PKNS FC (Matchday 7 Liga Perdana 2016)

Assalamualaikum....

Selepas kemenangan bersama Sime Darby FC rata-rata peminat Negeri Sembilan tertunggu-tunggu untuk perlawanan kali ini . Skuad Jangs semakin memberikan harapan kepada penyokong-penyokong Negeri Sembilan dengan kemenangan besar dalam dua perlawanan sebelumnya. Negeri Sembilan masih mengekalkan rekod 6 perlawanan tanpa kalah. Walaupun rekod Negeri Sembilan kurang menyerlah ketika mereka di Stadium Paroi, masih ramai penyokong-penyokong turun dan memberikan sokongan kepada skuad Negeri Sembilan. Stadium Paroi dibanjiri kira-kiran 4 ribu orang yang memakai baju kuning hitam sebagai tanda sokongan mereka bersama Negeri Sembilan.

Tidak banyak perubahan dari Gary Philips dengan meletakan Khairul disebelah kiri mengantikan Joel yang bermain di tengah-tengah pasukan serangan. Pasukan Negeri Sembilan nampak lebih garang dan berkeyakinan pada permulaan perlawanan jika hendak dibandingkan dengan pasukan PKNS. Bagi saya, ini adalah barisan terkuat Negeri Sembilan yang boleh dihasilkan dengan taktik Gary Philips setakat ini. Pada separuh masa pertama, Negeri Sembilan banyak melakukan percubaan ke gawang gol PKNS.

Tandukan dari kapten Negeri Serembilan pada minit ke 11, hampir berjaya menjaringkan gol sulung Negeri Sembilan. Sayangnya bola berjaya ditampan keluar di atas gol line oleh defender PKNS. Namun susulan kesalahan daripada defender PKNS memberikan Negeri Sembilan gol percuma dengan jaringan gol sendiri. Selepas gol pertama, Negeri Sembilan semakin yakin dengan serangan mereka dan hasilnya Sabri berjaya menjaringkan gol kedua Negeri Sembilan hasil leretan Nabbout. Separuh masa pertama berakhir dengan Negeri Sembilan FA 2 dan PKNS FC 0.

Pada suku pertama masa kedua, Negeri Sembilan masih lagi menguasai perlawanan. PKNS seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa hasil dari pressing dan build up play Negeri Sembilan. Pasukan tengah Negeri Sembilan sekali lagi menunjukan pretasi yang baik di Paroi dan berjaya mematahkan hampir setiap serangan dari PKNS. Akhirnya, pada minit ke 58 Joel berjaya menjaringkan gol ketiga Negeri Sembilan hasil hantaran cantik Khairul. Negeri Sembilan berjaya mengekalkan kedudkan sehinggalah minit ke 80. Hafizzuan terpaksa dibawa keluar kerana kecederaan dan tempatnya di gantikan oleh Aroon dan tempat Aroon pula digantikan dengan Shazlan.

Secara mengejut PKNS berjaya mencari dua gol dalam masa kurang 5 minit. Saya percaya taktikal yang digunakan Gary untuk menggantikan Hafizzuan dengan Aroon untuk menang bola ditengah membawa padah. Ini bukan kali pertama apabila Negeri Sembilan menukar pemain tengah secara tiba-tiba pihak lawan berjaya membolosi gawang gol Negeri Sembilan. Selepas kedudukan 3-2, Khairul berjaya menembusi defend line PKNS dan berpulang menjaringkan gol. Defender PKNS terpaksa membentes Khairul bersama-sama dengan bola dan menyebabkan Negeri Sembilan dianugerahkan sepakan penalti. Terdapat sedikit kekecohan dan saya mengharapkan pihak pengadil dapat mengawal displin pemain-pemain diatas padang dengan lebih dari ini.

Gol penalti disudahkan oleh Nabbout dan Negeri Sembilan kembali selesa dengan kelebihan dua gol. Namun, tidak sampai beberapa minit kemudian, PKNS pula diberikan sepaka penalti. Paroi kembali hening dan PKNS berjaya merapat kedudukan dengan menyudahkan dengan mudah sepakan penalti tersebut. Pengadil ke-empat memberikan 4 minit masa tambahan. Negeri Sembilan diasak dengan lebih lagi, namun dengan displin dan keyakinan, Negeri Sembilan berjaya mengekal keputusan 4 berbalas 3.  

Defend

Pada mulanya barisan defender Negeri Sembilan nampak gah dan jarang-jarang membuat kesilapan. Dari minit pertama sampai ke 80, penyerang-penyerang import PKNS berada didalam kocek Annas dan Taylor. Malangnya selepas itu, mereka dibolosi dengan mudah dari PKNS. Walaupun pada pendapat saya ini adalah salah percaturan daripada Gary Philips, defender Negeri Sembilan sepatutnya bertindak lebih baik dan hampir hilang dari mengutip tiga mata penuh. Saya mengharap Annas dan Taylor tidak mengalami kecederaan sehingga musim tamat.

 

Midfield

Sekali lagi meraka tidak mengecewakan saya dan penyokong Negeri Sembilan. Masih lagi berjaya memintas setiap serangan dan juga membuat serangan. Gabungan tiga serangkai, Hafizzuan, Sabri dan Alex masih lagi tidak mengecewakan setakat ini. Mungkin kurang sedikit persembahan mereka ketika perlawanan menentang ATM. Tapi kali ini berjaya memberikan keyakinan semula kepada skuad rusa kita. Saya harapkan kecederaan Hafizzuan tidak berapa serius.

 

Forward

Banyak perubahan dari segi keyakinan dan penyudahan didepan gol. Nabbout sudah mula mempercayai rakan-rakan terutamanya pemain-pemain tempatan. Pada mulanya saya ingin meletak Khairul sekali lagi sebagai man of the match. Tetapi hasil gol penalti Nabbout mengubah fikiran saya. Nabbout, please trust your teammate especially to our local players. Ketiga-tiga mereka beraksi cemerlang hari ini. Mereka sama ada berjaya menjaringkan gol ataupun membantu menjaringkan gol. Tidak lupa juga persembahan baik dari Afiq, walaupun nampk kurang keyakinan pada mulanya.

 

Kesimpulan

Masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 7 perlawanan, berada dikedudukan kedua diatas liga dibawah Kuala Lumpur, Negeri Sembilan nampak seperti di landasan yang betul. Mereka perlu mengekalkan momentum dan keyakinan dan mungkin akan layak ke Liga Super tahun tahun hadapan dan mungkin juga sebagai juara Liga Perdana. Buatkan kami percaya kembali kepada skuad Negeri Sembilan ini.

 

The No 8 Man of The Match: 

 

Andrew Nabbout

 

Keputusan Perlawanan :

 

Negeri Sembilan 4 - 3 PKNS

 

P/S: Macam tengok game EPL pulak N9 ngn PKNS ni main kojar-kojar saat akhir. Huhuhu
 
Jika anda berminat dengan entry ini, sila share atau bincangkan dibawah.TQ